fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.539)

VIDEO HARI INI: Tonton video muzik untuk lagu paling kerap dimainkan di radio ketika ini, Happy nyanyian Pharrell Williams tanpa muzik latar dan hanya bunyi vokal juga tapak kaki. #LOL

Filem terbaru Johnny Depp, Transcendence nampaknya gagal untuk meraih kutipan besar pada hujung minggu pembukaan selain ditewaskan oleh tiga buah filem lain yang sudah ditayangkan berminggu lebih awal seperti Rio 2 & filem sekuel Captain America. – THR

Iklan terbaru untuk filem Godzilla yang diberi nama Nature Has An Order mempamerkan kepada kita semua bentuk penuh raksasa yang bakal muncul dalam filem itu kelak dan kami mempunyai harapan tinggi terhadap filem ini. – Huff. Post

Banyak program hiburan di Korea Selatan telah dibatalkan atau ditangguhkan ekoran insiden feri Sewol dan data terbaru juga menunjukkan yang peminat filem kurang mengunjungi pawagam untuk menonton filem terbaru sebagai tanda berkabung. – allkpop

Laporan terbaru menyebut yang penyanyi kumpulan No Doubt, Gwen Stefani telah diikat untuk menjadi salah seorang mentor dalam musim terbaru The Voice menggantikan Christina Aguilera yang mengumumkan pada Februari lalu yang beliau kini sedang hamil. – Rolling Stone

Kerana masih terlantar di hospital akibat alergik, Miley Cyrus telah mengambil keputusan untuk menunda konsert jelajah Bangerz yang sepatutnya diteruskan kini di Amerika Syarikat sehingga ke bulan Ogos nanti, termasuk jelajah di Eropah. – NY Daily News