fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.537)

VIDEO HARI INI: Kenapalah tidak terfikir akan jalan cerita alternatif untuk filem animasi Frozen ini. Jelas dan nyata Elsa layak menyertai pasukan X-Men untuk menentang kejahatan dunia. Eh.

Di kala ramai peminat dan pemerhati hiburan masih belum menerima kenyataan yang pasangan ini bercinta, Sean Penn & Charlize Theron khabarnya kini merancang untuk berkahwin dan rakan rakan yang rapat tidak akan terkejut jika mereka umumkan perkara itu. – Lainey Gossip

Stesen televisyen TV Al-Hijrah sedang meneliti isi kandungan beberapa video yang disebarkan di laman sosial termasuklah tuduhan kononnya ustaz selebriti Don Daniyal yang dikatakan telah menyampaikan ceramah bersama hadis-hadis palsu. – mStar Online

Miley Cyrus telah membatalkan konsert beliau di Kansas City Sprint Center selepas dikejarkan ke hospital dan ditahan selepas mengalami alahan teruk terhadap antibiotik dan meminta maaf kepada semua peminatnya yang sudah membeli tiket. – People

Adik beradik lelaki kepada mendiang Paul Walker telah berbesar hati untuk menggantikan pelakon itu dalam baki babak yang diperlukan untuk melengkapkan filem Fast & Furious 7 dan berkata ianya salah satu cara untuk ‘pelakon’ itu terus hidup. – CNN

Anggota kumpulan Secret, Hyosung dilaporkan akan muncul dengan album solo sekitar Mei menurut beberapa sumber dalaman dan album tersebut kini dalam peringkat akhir rakaman. Beliau pernah meluahkan keinginan untuk bergerak solo tahun lalu. – Soompi