fbpx

Hanya Bermesra, Zul Ariffin Nafi Sedang Bercinta Dengan Nasha Aziz

Baru baru ini ada timbul satu gossip mengatakan seorang pelakon lelaki muda yang sering berpacaran dengan wanita berusia & kini sudah punyai kekasih ada jalinkan hubungan cinta di lokasi.

Walaupun gossip itu tidak menyertakan nama, peminat dunia hiburan mula berspekulasi yang pelakon lelaki tersebut adalah Zul Ariffin dan khabarnya telah jatuh cinta dengan Nasha Aziz ketika bekerja sama.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Zul Ariffin tidak menafikan yang dirinya mesra dengan Nasha Aziz di lokasi penggambaran Kasih Bersulam Daun Palas tetapi tidak lebih dari sekadar mencari keserasian.

“Tidak salah kalau saya hendak bermesra dengan Nasha bagi mencari keserasian, tetapi tidaklah sampai ke tahap yang lebih serius”

“Penggambaran itu dibuat pada bulan puasa, jadi sudah tentu akan ada sedikit tekanan. Untuk menghilangkannya, saya wujudkan suasana ceria seperti mengusik Nasha serta pelakon dan kru produksi yang lain”

“Jadi, saya tidak menolak kemungkinan bahawa semua gosip ini timbul akibat salah faham beberapa pihak terhadap kelakuan saya sepanjang seminggu penggambaran tersebut,” jelas Zul Ariffin yang turut berkata hubungan dengan kekasihnya Gayatri masih seperti biasa tetapi perkahwinan masih belum di’putuskan.