fbpx

“Hanya Ada 8K Masa Nikah Dengan Mizz Nina”

Daripada saat percintaan hinggalah ke saat mereka berkahwin, pasangan, Noh Salleh dan Mizz Nina sering menjadi tumpuan orang ramai. Ramai juga yang inginkan relationship goals seperti mereka. Terkini menerusi slot motivasi, Noh berkongsi tentang keperitan beliau disaat mencari rezeki sesuap nasi sehingga ke hari bertemu Mizz Nina dan menikahinya.

BACA: “Saya Memang Tak Rindukan Kehidupan Dulu”

screen-shot-2016-09-21-at-12-26-25-pm

“Saya tak berpeluang belajar di ipta, tamat spm saya pilih ceburi bidang nyanyian. Rezeki ikut musim, ada permintaan, ada duit, ada hari hanya makan nasik lemak pagi. Tengahari dan malam berpuasa. Pernah pinangan ditolak sebab takda duit”

“Niat dalam hati, Ya Allah aku tak kutip harta yang haram, aku nyanyi sekadar utk cari rezeki halal, aku tidak buat benda-benda haram, mudahkanlah urusan aku. Kemudian Allah bukak pintu rezeki, masih merangkak. Kemudian saya berjumpa Mizz Nina”

“Saya pinang dia dan alhamdulillah dia tidak menolak pinangan saya padahal dia orang hebat, anak orang hebat. Dalam poket saya hanya ada 8 ribu genap. Saya ulang, hanya 8 ribu genap sahaja dalam akaun saya untuk bernikah dengan dia”

“Saya katakan pada Nina, Girl,if u want to marry me, I’m a nothing. I have nothing. I could not promise wealth, but If you looking for someone to take care of you, be the real husband, guide you to Allah, InshaAllah I’m able to do it. Dan Nina terima”

“Sekarang alhamdulillah, dari niat yg baik, dan niat Nina yg baik, menikah dgn saya hanya utk kenal Allah, Nina berubah, berhijab, sudah tidak make up, baju nya semua besar2, dia reject semua konsert, tinggalkan dunia nyanyian. Semuanya, LILLAHITA’ALAA,” katanya menerusi laman Facebook milik Azfar Mohd yang berkongsi tentang kisah penghijrahan mereka.

Mungkin inilah yang dinamakan cinta sejati, tanpa memandang status mahupun harta mereka bersatu didalam sebuah ikatan perkahwinan. Dengan niat kerana Allah pula mereka saling memperbaiki kekurangan diri dan sama-sama berubah menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Semoga jodoh diantara mereka akan kekal bahagia hingga ke jannah. (rkty/w)