fbpx

Hans Isaac Sudah Putus Cinta Dengan Neelofa?

Selama ini setiap kali kalau media mengusik dan bertanya tentang hubungan mesra mereka, Hans Isaac mahu pun Neelofa akan hanya menjawab yang hubungan mereka seperti biasa, baik baik saja namun tidak pernah mengesahkan yang mereka adalah pasangan kekasih.

Namun media dan kami kira ramai peminat di luar sana juga pasti boleh mengagak akan status hubungan dua ‘sahabat baik’ ini, bukan?

Bagaimanapun baru-baru ini timbul pula desas desus mengatakan hubungan cinta pelakon juga penerbit terkenal ini dengan Neelofa sudah pun berakhir.

“Saya tidak boleh komen tentang perkara itu. Saya rasa saya tak perlu komen”

“Fokus saya sekarang adalah pada perniagaan saya dan diri saya. Ada banyak lagi hal lain dan juga hal peribadi saya yang harus saya selesaikan,” ujar Hans Isaac.

“Saya rasa lebih baik berdiam. Biar saya simpan. Lebih baik hanya saya saja yang tahu. Saya tak mahu nanti dikata bercakap putar belit dengan anda semua. Saya hanya mahu bersikap jujur dengan anda semua,” itu jawapan ringkas Hans Isaac.

Tidak Sangka Supermokh Akan Ke Pentas Semula

Menyentuh mengenai projek terbaru terbitan produksinya, Hans berkata beliau sama sekali tidak menyangka yang teater Supermokh yang dipentaskan pada tahun lalu bakal dipentaskan semula.

Menurut Hans, sambutan yang cukup mengalakkan daripada penonton & juga permintaan rasmi daripada Sultan Selangor sendiri yang mahu kisah lagenda bola sepak tanah air ini, lantas telah memberi keyakinan pada dirinya juga para pelakon untuk mempersembahkan semula teater ini.

“Pihak kami sangat berbesar hati apabila Sultan Selangor sendiri mahukan teater ini dipentaskan semula. Pada pementasan lalu pun kita mendapat respon yang baik daripada para penonton dan ahli keluarga Mokhtar Dahari sendiri”

“Tidak banyak perubahan jalan ceritanya malah barisan pelakonnya juga dikekalkan. Tetapi bagi yang pernah menonton Supermokh pada pementasan lalu, apa yangg saya boleh katakan, pementasan kali ini lebih banyak peningkatan”

“Dan saya harap kali ini lebih ramai lagi generasi anak muda yangg datang menonton kerana ini sebuah kisah lagenda bola sepak tanah air kita. Ramai anak muda hari ini yang tidak mengenali siapa Mokhtar Dahari dan ini lah peluang mereka untuk mengetahu kisah lagenda kebanggaan negara ini”, katanya.

Supermokh Sebuah Musical dibarisi oleh Awie sebagai teraju utama berserta pelakon hebat lain seperti Maya, Karin, Douglas Lim, Dina Nadzir, Rashidi Ishak, Radhi Khalid, Poon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna.

Teater yang mendapat penajaan utama daripada CIMB Bank ini akan dipentas di Istana Budaya mulai 8 September hingga 21 September 2014 dengan harga tiket yang sama iaitu mulai harga RM36 hingga RM236. (rtky/fr)