fbpx

Haniz Zalikha & Hairul Azreen Nikah Jumaat Ini

Pasangan yang menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sudah pun memilih tarikh 5 Jun 2015 sebagai hari pernikahan mereka yang bakal diadakan di kediaman keluarga bakal pengantin perempuan di Bukit Jelutong.

“Saat untuk bergelar isteri ini sudah saya nantikan sekian lama. Paling penting dapat bersatu dengan orang yang kita cintai. Saya tidak sabar untuk membina rumah tangga dengannya. Ini fasa baharu yang akan kami tempuhi bersama”

BACA: Hanis Zalikha & Hairul Azreen Tidak Peduli Apa Orang Kata

“Malah kami bersatu sebelum Ramadhan tiba dan pastinya keterujaan untuk menyambut bulan puasa dan Aidilfitri kelak mula dirasai,” ujar Hanis Zalikha kepada Berita Harian hari ini.

Majlis pernikahan pasangan ini akan diadakan secara tertutup selepas solat Jumaat dan resepsi perkahwinan mereka pula akan berlangsung pada 14 Jun di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Tahniah dicuapkan buat pasangan sama cantik sama padan ini. (rtky/m)