fbpx

Rahsiakan Lokasi Berbulan Madu, Hanis Zalikha Akui Teruja

Bakal meluangkan masa berbulan madu bersama suami tercinta tidak lama lagi, Hanis Zalikha mengakui bahawa dia sangat teruja dengan percutian tersebut namun sehingga kini masih merahsiakan destinasi tersebut.

BACA: Hanis Zalikha Lebih Selesa Berlakon Dengan Suami

“Saya menghitung hari untuk ke destinasi berbulan madu kami ini hampir setiap hari. Pada mulanya, suami merahsiakan destinasi kami. Tapi akhirnya dia beritahu juga bagi memudahkan saya membuat persiapan ke tempat itu”

“Bagaimanapun, maaf, saya tidak dapat berkongsi lokasi destinasi kami buat sementara waktu ini,” kata Hanis yang sah menjadi isteri kepada pelakon Hairul Azreen pada 5 Jun lalu kepada Utusan Malaysia.

Selain itu dalam masa yang sama, pelakon ini juga tidak sabar untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat selain mahu merealisasikan impian orang tuanya yang mahu segera bercucu. Malah ibunya sendiri pernah mengeysyaki dirinya hamil pada bulan puasa lalu.

“Walhal sebenarnya pada waktu itu, saya demam. Bukan sebab hamil seperti tanggapan mama. Yang mencuit hati saya apabila mama bertanyakan berita kehamilan saya itu beberapa kali. Mungkin mama mahu kepastian dari mulut saya sendiri,” katannya. (rtky/s)