fbpx

Hanis Zalikha Akui Bertudung Kerana Ibu Bapa

Berita mengenai hijrah Hanis Zalikha untuk berhijab penuh sememangnya disambut baik malah laman Instagram miliknya kini juga meriah dengan ucapan tahniah yang tidak henti-henti daripada peminatnya.

BACA: Hanis Zalikha Kini Berhijab Penuh

Hanis-Akui-Bertudung-Kerana-Ibu-Bapa---ROTIKAYA_001

Menerusi Harian Metro, Hanis mengakui dia sebenarnya sudah lama mempertimbangkan untuk berhijab namun tidak mahu bercerita mengenai perkara berkenaan sehingga bersedia sepenuhnya malah ibu bapanya turut menggalakkan dirinya berhijab.

“Sebelum saya jadi isteri orang tahun ini, biarlah saya gembirakan ibu bapa dulu dengan menutup aurat. Sebenarnya tak berapa seronok nak cakap banyak mengenai penghijrahan ini sebab saya buat atas tuntutan agama”

“Saya taknak ulas banyak sangat pun cuma apa yang boleh saya katakan, ini adalah doa dan galakan ibu bapa saya. Mereka selalu suarakan hasrat untuk melihat saya bertudung”

“Pernah juga saya cuba-cuba belajar dengan bertudung bila keluar dengan mereka cuma saya tak ambil gambar dan berkongsi kepada umum”

Hari ini (semalam) saya rasa ia adalah masa yang tepat selepas semua komitmen seni saya selesai, jadi saya nak mulakan yang baru. Saya masih diri saya seperti dulu. Cuma sekarang mulai bertudung untuk menyempurnakan aurat. Lain-lain aspek itu saya akan belajar sedikit demi sedikit,” jelasnya.(rtky/syfq)