fbpx

Hanez Suraya, Suami Bakal Bercerai?

Melalui satu perkongsian gambar di forum CARI, nama pelakon Hanez Suraya didakwa tersenarai dalam kes Mal yang terdapat di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. Perkara ini sekaligus memberi kejutan kepada orang ramai kerana keluarga ini dilihat sentiasa ceria dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka, Putri Aleesya.

BACA: Hanez Suraya Buat Persediaan Berhenti Berlakon?

Menurut laman web Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, kes Mal merangkumi beberapa perkara dalam kekeluargaan Islam termasuklah tentang pembubaran keluarga.

Hanez dan suami, Romie sebelum ini telah selamat diijabkabul pada Mac 2015 dan pada Julai tahun yang sama, pelakon wanita ini juga enggan mengulas dakwaan bahawa rumah tangga mereka bermasalah kepada Harian Metro.

Namun sehingga kini, Hanez masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara berkenaan. Apa pun, jika sudah bersedia pastinya Hanez akan berkongsi kisah sebenar yang melanda dirinya. Semoga semuanya baik baik belaka. (rtky/s)