fbpx

Hanez Suraya Nak Rahsiakan Jantina Anak

Bakal menyambut kelahiran anak sulungnya pada penghujung tahun ini, pelakon Hanez Suraya yang kini sarat mengandung tujuh bulan mengambil pendekatan untuk merahsiakan terlebih dahulu jantina anaknya itu.

BACA: Hamil 4 Bulan, Hanez Suraya Gila Minum Teh Tarik

“Alhamdulillah keadaan saya sekarang terkawal cuma kadang-kadang itu biasalah bayi dalam perut lasak sedikit. Jadi mula menendang perut saya dengan kuat. Kadang-kadang sampai sesak nafas saya dibuatnya. Tapi pada masa sama seronok melayan gelagatnya. Sejujurnya saya cukup bahagia melewati fasa hamil ini”

“Rezeki itu pun sentiasa ada. Lagi-lagi suami saya ada di sisi. Mulalah nak manja lebih. Cakaplah apa sahaja nak makan, pasti dapat dan sebab itulah sampai saya sekarang ini bertambah bulat,” jelasnya kepada BH Online.

Selain itu, pelakon yang bakal bergelar ibu ini juga menjelaskan dia banyak mempelajari selok-belok mengenai penjagaan anak melalui perkongsian di laman sosial selain turut meluangkan masa dengan berbual bersama bayi di dalam perut. (rtky/s)