fbpx

Hamil: Nad Zainal Bakal Rehat Sehingga Disember

Bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada Oktober nanti, pelakon Nad Zainal menjelaskan bahawa dia akan berehat daripada aktiviti seni bermula Jun ini bagi memberi perhatian kepada kandungannya yang kini berusia empat bulan.

BACA: Nad Zainal Kini Sah Hamil 18 Minggu

“Perut sudah semakin membesar dan lepas habis penggambaran drama pada 14 Jun ini saya akan berehat sehingga bersalin nanti, Insya-Allah berlakon semula pada Disember depan. Dalam pada masa yang sama saya akan fokus kepada perniagaan pakaian saya sepanjang Ramadan ini di Dataran Istana Budaya,” jelasnya.

Selain mengakui telah melepasi tempoh alahan yang teruk pada minggu pertama kehamilan, Nad juga menjelaskan bahawa dia dan suami hanya akan membuat persiapan menyambut bayi apabila sudah mengetahui cahaya mata pertama itu nanti.

“Kami belum buat apa-apa persiapan lagi kerana belum tahu bayi lelaki atau perempuan. Insya-Allah, doktor beritahu sudah boleh scan untuk lihat jantina, mungkin bulan hadapan kami akan mula buat persiapan,” katanya kepada mStar Onlune. (rtky/s)