fbpx

Hafiz Suip Umum Bakal Nikah 14 Mei Ini

Tidak lama lagi penyanyi terkenal, Hafiz Suip akan melangsungkan perkahwinannya bersama tunang, Nureffy Jesreel Abdullah selepas mengikat tali pertunangan pada Febuari tahun lalu. Hafiz juga mengumumkan tarikh bahagia mereka iaitu pada 14 Mei ini.

BACA: Hafiz Suip Bimbang Tunang Hidap Denggi

“Semakin dekat dengan hari perkahwinan, semakin saya berasa gementar. Pada masa sama, macam-macam cabaran yang datang. Bagaimanapun saya anggap ianya sebagai perkara biasa yang dilalui oleh bakal suami seperti saya”

“Apabila bertemu sesiapa pun, andainya soal kahwin yang dibicarakan, ia menambah tekanan. Apapun, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab ini. Diharapkan, apa yang dirancang kelak akan berjalan lancar. Insya-Allah,” katanya kepada Berita Harian Online.

Tambah Hafiz lagi, setakat ini persiapan majlis hari perkahwinannya sudah pun siap hampir 70 peratus. Manakala selepas majlis nikah diadakan, keesokan harinya akan berlangsungnya majlis resepsi dimana Kedua-dua majlis akan diadakan di Kuching.

Menurut Hafiz, beliau akui ada keinginan untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinannya di Kuala Lumpur namun buat masa ini masih tiada kata putus atau perancangan mengenainya lagi. Walau apapun semoga segala perancangan berjalan lancar buat pasangan merpati dua sejoli ini. (rkty/w)