fbpx

Hafiz Suip Bakal Tunai Umrah Disember Ini

Mengakui akan kembali aktif dalam nyanyian selepas mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan, Hafiz Suip menggunakan masa yang ada ketika ini untuk membawa keluarganya menunaikan umrah pada 3 Disember ini.

BACA: Hafiz Suip Nafi Tolak Penaja Untuk Majlis Perkahwinan

Ya, saya akan menunaikan umrah bersama ahli keluarga selama dua minggu bermula 3 Disember ini. Sebenarnya, inilah impian terbesar saya sejak bekerja iaitu membawa ahli keluarga ke Mekah”

“Sebelum berkahwin, kebetulan ada kelapangan dan rezeki, rasanya tidak perlu ditangguhkan lagi. Ini merupakan umrah pertama saya dan sudah tentu cukup teruja dan berdebar. Harap perjalanan kami ke sana di permudahkan Allah,” jelasnya kepada Kosmo! Online.

Apa pun, semoga perjalanan Hafiz dan keluarga di tanah suci nanti akan berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)