fbpx

Hafiz Hamidun Selamat Bertunang Dengan Joy Revfa

Tahniah diucapkan kepada Hafiz Hamidun yang telah selamat mengikat tali pertunangan dengan pengasas kosmetik, Joy Revfa kira-kira jam 3.20 petang tadi di The Venue Shah Alam. Dalam majlis itu, ibu Hafiz, Laila Sarji telah menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Joy.

BACA: Hafiz Hamidun Nafi Kahwin Kerana Harta Isteri

“Saya kenal dia selama empat minggu. Dalam tempoh itu, hampir setiap hari kami berhubung melalui telefon dan Whatsapp namun hanya empat kali berjumpa. Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan, saya yakin Joy adalah wanita yang sesuai sebagai suri hati”

“Dia mempunyai aura sebagai wanita yang tabah,” katanya kepada m Star Online mengenai keperibadian wanita itu selepas perkenalan selama empat minggu.

Majlis pertunangan yang diadakan serba ringkas itu menyaksikan pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran. Ketika majlis itu, Hafiz turut hadir dalam busana berwarna peach sedondon dengan tunangnya.

Terdahulu, Joy sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini sudah berusia tiga tahun. Untuk pengetahuan, Hafiz dan Joy bakal melangsungkan majlis pernikahan pada 1 Mei depan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. (rtky/w)