fbpx

Gossip: Teater Semerah Padi Gugur Jue Aziz Kerana Masalah Disiplin, Tunda Lagi?

Minggu lalu, ada media tempatan melaporkan yang pementasan teater Semerah Padi di’tunda atas masalah teknikal.

Teater Semerah Padi merupakan karya yang di’angkat dari filem klasik hasil nukilan Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee.

Pementasan awal yang di’jadual bakal bermula kurang 48 jam dari sekarang telah di’bawa ke tarikh 24 Disember 2011 nanti.

Itu penundaan pertama & malam ini ada beberapa sumber berkata yang teater ini bakal di’tunda sekali lagi dan kali ini masalah pelakon di’atas pentas.

UPDATE-1: Kami baru sahaja berbual dengan salah seorang krew produksi & beliau mengatakan ia’nya bukan kerana masalah disiplin buat masa ini kerana Jue Aziz ada hubungi mereka mengatakan beliau kurang sihat.

Namun Jue Aziz tidak mengizinkan sesiapa dari pihak produksi untuk datang melawat keadaan beliau — selain semakin sukar untuk di’hubungi.

Pihak produksi teater Semerah Padi di’katakan telah sepakat mengambil satu keputusan drastik dengan menggugurkan salah seorang teraju utama filem ini yang memegang watak Dara, Jue Aziz.

Ini semua di’katakan berpunca dari sikap Jue Aziz yang tidak komited dengan jadual latihan yang perlu beliau hadiri termasuk latihan malam tadi yang sepatutnya menjadi persiapan terakhir sebelum pementasan nanti.

Jadi, persoalan yang bakal di’hadapi oleh mereka di’belakang tabir teater Semerah Padi — siapakah yang layak untuk gantikan Jue Aziz di’saat saat akhir begini dan adakah 24 Disember bakal menjadi kenyataan?

UPDATE-2: Pementasan 24 Disember ini bakal di’teruskan seperti di’rancang pihak produksi dan sebelum ini hanyalah pembatalan pementasan selama dua hari atas nasihat pakar berkaitan hal teknikal.