Gossip: Salah Sebuah Kereta Mewah AC Mizal Kena Tarik Tengah Jalan? | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
04 September 2011, 8:09PM

Esok kita semua sudah kembali bekerja & bersekolah. Selamat memulakan kehidupan normal anda semua.

Lewat petang tadi sempat kami menyelak sisipan Pancaindera dalam Mingguan Malaysia. Ada gossip menarik.

Walaupun penulis gossip ini tidak menyebut siapakah gerangan artis yang di’maksudkan, sekali petik clue yang ada, kami sudah dapat agak ia’nya AC Mizal.

Artikel tersebut menyebut satu insiden tarik kereta seorang selebriti popular berlaku baru baru ini di sebuah kompleks membeli belah di Kuala Lumpur.

Selebriti yang petah berjenaka & berkata kata itu di’katakan memiliki 7 buah kereta mewah yang ansuran bulanan mencecah lebih RM100,000.

Semuanya hasil dari perniagaan MLM yang di’jalankan oleh selebriti tersebut & beliau juga di’katakan pernah beberapa menayangkan ‘hasil perniagaan’ beliau kepada media.

Saksi kejadian tarik kereta berkata kepada penulis artikel yang selebriti & isterinya tidak mampu berbuat apa apa selain melihat sahaja kereta mewah kesayangan mereka di’bawa pergi.

Penulis artikel turut menyebut yang beberapa buah kereta mewah lain selebriti ini dalam senarai menunggu proses untuk di’kembalikan ke pihak bank. Karma? Hmm.


Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>