fbpx

(Gossip) Rozita Che Wan Bakal Kahwini VIP Mirip Datuk K?

Selepas Umie Aida yang menggemparkan Malaysia sedikit masa dahulu dengan pengumuman Datuk K versi sendiri, kini giliran Rozita Che Wan.

Zubir The King dalam tulisan terbarunya hari ini menyebut kebanyakan gossip yang timbul pada tahun 2009 boleh di’percayai kerana selalu di’akhiri dengan kebenaran.

Hari ini juga, Zubir The King menulis gossip pertama beliau pada tahun 2010 ini — berkaitan bakal suami Rozita Che Wan.

Pelakon wanita ‘rebutan’ ramai ini di’katakan bakal berkahwin dengan seorang VIP mirip wajah Datuk K milik Datuk Siti Nurhaliza.

Menurut Zubir The King wajahnya sahaja yang seperti Datuk K, potongan muka, bermisai, berkulit putih dan memiliki fesyen rambut yang sama dengan suami ikonik Malaysia itu.

Entah betul entah tidak berita yang di’sampaikan Zubir The King ini, namun tahun 2010 seperti tahun yang baik untuk Rozita Che Wan tamatkan zaman ‘solo’ beliau.