fbpx

Sebenarnya ini dua kisah berbeza tetapi dek kerana ia’nya berkait antara satu sama lain, kita rangkumkan dalam satu artikel a.k.a kami pemalas.

Al-kisahnya, beberapa jam sebelum pra tonton filem Misteri Jalan Lama kami menerima gossip terbaru tentang Neelofa yang mengatakan gadis ini ada hubungan dengan seorang VIP.

Pada awalnya, hubungan Neelofa dengan VIP ini hanyalah untuk tujuan mengembangkan perniagaan kasut berjenama Neelofa — tetapi selepas menerima dana kerajaan, hubungan mereka di’khabarkan semakin intim.

Neelofa masih belum memberikan kenyataan balas tetapi aktor Hans Isaac membuat pengakuan mengejutkan melalui GUA yang beliau kini sedang mengenali hati budi Neelofa.

Beberapa minggu yang lalu, ada gossip yang keluar mengatakan Hans Isaac & Neelofa ada keluar berdua di The Curve, Damansara namun kedua dua mereka menafikan perkara tersebut.

Bagus’lah kalau benar mereka berdua bercinta — cuma jangan ini semua fabrikasi untuk mencipta kontroversi demi melariskan filem. Taktik lama. Dan, apa cerita VIP Neelofa?