fbpx

Gossip: Kekasih Hanez Suraya Sebenarnya Suami Orang?

Minggu lalu, Hanez Suraya mencuri perhatian ramai apabila beliau mengumumkan bakal berkahwin tahun dengan seorang ahli perniagaan namun tidak bersedia untuk mendedahkan identiti jejaka bertuah yang berjaya mencuri hatinya.

Melodi yang bersiaran hujung minggu lalu telah bertanyakan soalan panas kepada Hanez Suraya tentang desas desus yang mengatakan kekasihnya itu merupakan suami orang dan kini mempunyai dua orang anak yang masih kecil.

Hanez Suraya menerusi video di’atas tampak terkejut dengan soalan tersebut namun tidak terus menafikan mahu pun mengiyakan khabar angin tersebut dengan mengatakan beliau sendiri tidak pernah diberitahu tentang hal ini.

“Tiada istilah Hanez ganggu rumahtangga orang — kalau Hanez tahu dia berstatus suami orang dari awal lagi, Hanez pun tak nak,” itu antara kata kata pelakon ini. Ikuti penjelasan lanjut di Melodi menerusi video di atas. (rtky/m)

UPDATE-1: Seorang penggiat forum di Cari telah mengirimkan gambar berikut yang didakwa sebagai jejaka bergelar kekasih kepada Hanez Suraya, bersama dengan isteri dan anak mereka. Dalam kemaskini terbaru melalui Instagram, Hanez Suraya dilihat bergambar bersama anak pasangan ini. Tak malu much?