fbpx

Gossip: Ibu Sendiri Sahkan Diana Danielle Sudah Selamat Bersalin?

Walaupun suami Diana Danielle, Farid Kamil telah tampil berikan kenyataan beliau tentang isu ini siap dengan tarikh jangkaan bersalin, nampaknya masih ada pihak yang tidak mempercayainya.

BACA: Diana Danielle Dijangka Bersalin Pada 15 Julai

Wartawan Zubir Mohd Yunus menerusi tulisan ringkas beliau dalam Berita Harian semalam mendakwa ada khabar mengatakan ibu Diana Danielle sendiri telah mengesahkan selebriti itu telah selamat bersalin.

“Khabarnya, ibu Diana Danielle, Norsiah Ramli pernah mengesahkan kepada teman baiknya seorang VIP, anaknya itu sudah selamat bersalin, sedangkan Farid Kamil menafikannya … pulak!” tulis Zubir.

Tidak kami minta anda untuk percaya dengan tulisan sebaris ayat yang tidak pun menjadi tajuk utama akhbar tetapi sikap pasangan ini yang terlalu berahsia buatkan pelbagai spekulasi aneh timbul. Hmm.