fbpx

Gossip: Artis Realiti TV Mengamuk Kerana Penerbit Lewat Bayar RM200

Susah juga kalau ada selebriti yang suka berfikiran pendek sebegini. Apalah sangat nilai RM200 jika di’bandingkan dengan reputasi yang tercalar akibat sikap panas baran.

Kalau di’sebutkan nama penyanyi ini, pasti ramai yang kenal walaupun nama’nya sudah semakin tenggelam searus dengan hilangnya populariti program realiti TV hari ini.

Namun kerana masih ada nama, penyanyi lelaki ini dijemput untuk memeriahkan satu rakaman program di sebuah stesen TV swasta baru baru ini & di’janjikan RM200 sebagai token.

Mungkin RM200 terlalu besar, penyanyi ini dikhabarkan mula bertanya tentang bayaran beliau kepada penerbit sebelum sempat pun meninggalkan set penggambaran hari itu.

Pihak produksi menjelaskan yang ianya akan mengambil masa & perlu mengikut prosedur walaupun RM200. Penyanyi lelaki ini seakan faham sehinggalah dua minggu berlalu.

Penyanyi ini datang sekali lagi ke stesen TV tersebut untuk bertemu penerbit meminta imbuhan yang di’janjikan dan satu perkara mensabitkan perkara lain, mereka berdua bertengkar.

Yang tidak manisnya, sebagai seorang public figure yang di’kenali, tidak manis rasanya memaki hamun ‘rakan seindustri’ hanya kerana kelewatan membayar RM200 yang bukan’nya disengajakan penerbit mahupun pihak produksi. Lebih parah kalau ada yang mula membawa mulut, mana hendak sorok muka.