fbpx

Kalau benar perkhabaran yang ketika ini masih 90% tidak pasti, Aaron Aziz memang seorang yang murah rezeki dan mengesahkan status beliau sebagai hot stuff.

Khabar tidak rasmi melalui forum paling berpengaruh & popular, Cari memberikan gambaran yang Aaron Aziz kini dalam fasa fasa terakhir sebelum menandatangani perjanjian bersama satu jenama.

Bukan calang calang jenama yang mahukan pengaruh Aaron Aziz dalam strategi pemasaran mereka. Jenama minuman ringan popular Pepsi Malaysia menjadi destinasi Aaron Aziz selepas ini.

Ini bukan kali pertama Aaron Aziz bergelar duta kepada minuman kerana kini pun pelakon popular ini menjadi duta untuk satu jenama minuman tenaga, Drive M7 yang berasal dari Jepun. 

Maafkan kami kalau tersilap, tetapi kali terakhir Pepsi Malaysia memiliki duta dari kalangan selebriti adalah sekitar tahun 2007 dengan memilih Faizal Tahir & Suki melalui One In A Million.

Dan angka yang di’berikan juga agak meragukan dengan nilai kontrak RM11.5 juta yang secara purata memberikan Aaron Aziz hampir RM1 juta setiap bulan untuk mempromosikan jenama Pepsi. Hmm.