fbpx

Gaya Selebriti Di Sekitar Majlis Berbuka Puasa Astro

Semalam telah berlangsung satu majlis berbuka puasa dan tayangan pra tonton untuk program Aidilfitri anjuran pihak Astro dan seperti biasa, ianya dimeriahkan dengan kehadiran para selebriti tempatan yang tampil dengan gaya tersendiri.

Antara mereka yang hadir termasuklah Zul Ariffin, Ayda Jebat, Fasha Sandha, Adira AF, Yana Samsudin, Kamal Adli, Emma Maembong dan ramai lagi. Majlis penuh meriah tersebut mengambil tempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Berikut beberapa keping gambar yang sempat kami rakamkan buat tatapan anda yang mahu melihat gaya terkini selebriti kesayangan. Kami suka tengok pasangan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari, masih nampak seri pengantin baru, heh. Enjoice! (rtky/m)