fbpx

‘Gangnam Style’ Pecah Rekod Dunia

Sudahkah demam Gangnam Style berakhir? Kami masih dapat lihat kebanjiran parodi di Youtube yang 80% daripada’nya perlu di’padam kerana terlalu mengarut.

Walaupun sehingga hari ini, Gangnam Style hanya mampu menerima 235 juta tontonan, namun video muzik PSY ini sudah berjaya memecah rekod LIKE terbanyak.

Guinness World Records mengesahkan yang jumlah LIKE untuk Gangnam Style berjumlah melebihi 2.2 juta merupakan satu rekod baru dunia. Ini perkara serius tahu? #LOL

Rekod sebelum ini di’sandang oleh LMFAO melalui video muzik Party Rock Anthem yang kini memiliki lebih 1.5 juta LIKE.

Kami percaya ada antara anda yang belum mahu menonton video Gangnam Style ini dan kejayaan memecah rekod dunia ini mungkin sebab yang anda cari untuk menonton.