fbpx

Niat baru mahu mencipta nama di Malaysia, namun gossip yang terlebih dahulu melanda jejaka kelahiran Singapura ini.

Minggu lalu, ada beberapa media kecoh dengan kenyataan dari Amanda Imani yang mendakwa Syarif Sleeq tidak jujur dalam mengakui hubungan cinta mereka sebelum ini.

Syarif Sleeq sebelum ini memberi kenyataan kepada media berkata yang beliau dan Amanda Imani hanya sekadar kawan & tempoh perkenalan mereka hanya dua tiga bulan sahaja.

Amanda Imani tampil di’media mendakwa hubungan mereka berdua lebih dari sekadar kawan dan mereka sudah pun berkenalan sejak Julai 2011 yang lalu. Syarif Sleeq nampaknya lebih bijak menangani hal ini. Ikat tali pertunangan. 

Sumber kami di Singapura memberitahu kami yang Syarif Sleeq sudah pun melangsungkan satu majlis pertunangan yang ringkas tetapi meriah hujung minggu lalu.

Kekasih beliau yang kini bergelar tunang merupakan salah seorang peserta pusingan akhir Singpore Idol musim ketiga, Malaque Mahdaly. Tahniah dari kami di Rotikaya HQ dan rasanya kes sudah selesai. Heh.