Gambar: Syarif Sleeq Kini Selamat Bertunang, Tangkis Dakwaan Amanda Imani | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
04 January 2012, 1:01AM

Niat baru mahu mencipta nama di Malaysia, namun gossip yang terlebih dahulu melanda jejaka kelahiran Singapura ini.

Minggu lalu, ada beberapa media kecoh dengan kenyataan dari Amanda Imani yang mendakwa Syarif Sleeq tidak jujur dalam mengakui hubungan cinta mereka sebelum ini.

Syarif Sleeq sebelum ini memberi kenyataan kepada media berkata yang beliau dan Amanda Imani hanya sekadar kawan & tempoh perkenalan mereka hanya dua tiga bulan sahaja.

Amanda Imani tampil di’media mendakwa hubungan mereka berdua lebih dari sekadar kawan dan mereka sudah pun berkenalan sejak Julai 2011 yang lalu. Syarif Sleeq nampaknya lebih bijak menangani hal ini. Ikat tali pertunangan. 

Sumber kami di Singapura memberitahu kami yang Syarif Sleeq sudah pun melangsungkan satu majlis pertunangan yang ringkas tetapi meriah hujung minggu lalu.

Kekasih beliau yang kini bergelar tunang merupakan salah seorang peserta pusingan akhir Singpore Idol musim ketiga, Malaque Mahdaly. Tahniah dari kami di Rotikaya HQ dan rasanya kes sudah selesai. Heh.


Komen & Lain-lain
Satu komen untuk “Gambar: Syarif Sleeq Kini Selamat Bertunang, Tangkis Dakwaan Amanda Imani
  1. atiqah.nizam says:

    abg syarif masih ingat tak atiqah yang haritu atiqah duduk sebelah abg alif dan abg syarif yang atiqah amek gambar dengan abg untuk amek selfie dengan semua mawa punya orang……abg atiqah rindu abg syarif tau……atiqah dan semua mawa rindu abg sangat-sangat tau….hahaha sampai kita sedih tau……wah atiqah tengok abg punya image banyak gambar yang handsome abg…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>