fbpx

(Gambar) Superhero Baru Malaysia, Wira Waja Lakonan Lash Mokhtar

Woot! Malaysia bakal menerima seorang superhero baru yang kami nampak secara kasarnya 20 kali lebih kool berbanding Cicakman yang entah apa nasibnya hari ini.

Nama superhero ini masih belum dapat di’pastikan namun sumber ada menyebut yang superhero ini bakal memakai nama yang agak klasik & cliche, Wira Waja.

Pelakon di’sebalik Wira Waja ini adalah seorang lelaki yang tidak pernah kami kenali bernama Lash Mokhtar.

Menurut maklumat ringkas yang kami terima, Lash Mokhtar merupakan seorang graduan Mass Comm dari Lim Kok Wing. Namun, apa pekerjaan sebenar Lash Mokhtar sebelum bergelar pelakon tidak kami ketahui.

Lagi gambar superhero baru Malaysia, Wira Waja selepas ini. Harap drama atau filem yang mengiringi superhero ini bakal lebih awesome dari Iron-Man (berangan). Enjoice!