Gambar: SNSD Tiba Di Lapangan Terbang Incheon & Berlepas Ke Kuala Lumpur, Malaysia | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
23 March 2012, 2:03PM

Tinjauan kami ke sekitar kawasan KLCC sebentar tadi menunjukkan yang sudah berduyun duyun para peminat menanti kehadiran artis kesayangan mereka malam ini.

SNSD (Girl’s Generation) salah satu artis yang menjadi perhatian para peminat hiburan untuk konsert Twin Towers Alive 2012 kali ini.

Satu perkara menarik, salah taip di laman web rasmi mereka telah menjadi trending topic seluruh dunia hari ini. Petronas Tower kini menjadi Petronas Towel.

Berkaitan kunjungan mereka hari ini, kami di’fahamkan yang SNSD bakal tiba di KLIA, Sepang petang ini dan bakal bertolak pulang semula ke Seoul, Korea Selatan dengan penerbangan tengah malam ini. Hanya 7 jam mereka akan berada di tanah Malaysia.

[nggallery id=4]

Sumber Foto: Facebook Soshi9Sone


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...