fbpx

Gambar: Siti Nurhaliza Bakal Terbit Album Penuh Untuk Pasaran Indonesia

Kami ada terbaca beberapa komen peminat dunia hiburan akan fesyen Dato’ Siti Nurhaliza sejak akhir akhir ini yang di’katakan semakin tidak kena dengan status dan umur beliau.

Jika anda mahu melihat Dato’ Siti Nurhaliza dalam fesyen yang berbeza dan segar, dapatkan majalah LISA edisi terbaru yang kami kira sesi fotografi terbaik untuk penyanyi nombor satu ini.

Memetik temubual Siti Nurhaliza bersama LISA, penyanyi ini berkata beliau kini dalam proses memilih lagu untuk di’muatkan dalam album penuh untuk pasaran Indonesia nanti.

Menurut Siti Nurhaliza, rakaman untuk album ini di’jalankan sepenuhnya di Indonesia & beliau di’lamar oleh sebuah syarikat rakaman tempatan, Virgo untuk projek album ini.

Menggunakan khidmat komposer ternama seperti Sammy Simorangkir & Adi 6ixth Sense, Siti Nurhaliza turut menyelitkan sebuah lagu ciptaan sendiri ke’dalam album ini nanti.

Namun, Siti Nurhaliza mengatakan pengedaran album ini di Malaysia masih belum di’putuskan dan kami rasa pastinya peminat di Malaysia juga ingin mendapatkan buah tangan terbaru penyanyi kesayangan mereka ini. Heh. Kisah lanjut? Sila dapatkan LISA edisi terbaru. Ini bukan iklan. #LOL