fbpx

Gambar Sekitar Resepsi Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini kerana telah selamat bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan yang diadakan di Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang minggu lalu. Sementara itu, hari ini telah berlangsung majlis resepsi pihak Shaheizy Sam yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental.

BACA: Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Selamat Diijabkabul

Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan selebriti yang lain. Bagi peminat-peminat Sam anda berpeluang menghadiri majlis Sam pada 20 Februari ini. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini.

Semoga pasangan ini akan kekal bahagia ke Jannah dan bak kata Sam sebelum ini, dia mahukan anak seramai satu pasukan bola sepak. Kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar sepanjang majlis resepsi berlangsung. Enjoice!

Gambar Ihsan: TV9