fbpx

Gambar Sekitar Perkahwinan RM5 Juta Eisya Toh

Tahniah kami ucapkan kepada pengacara Selamat Pagi 1Malaysia Iesya Toh yang selamat diijabkabul bersama suaminya, Mohd Huzairee Muhamad, seorang ahli perniagaan di dalam satu majlis yang mendapat penajaan mencecah RM5 juta.

BACA: Perkahwinan Iesya Toh Terima Tajaan RM1 Juta

Menurut laporan daripada Harian Metro, rantai yang digayakan ketika majlis akad nikah Eisya hari ini harganya menyamai kereta Ferrari manakala harga persalinan yang digunakan pada majlis itu mencecah RM300,000.

Menurutnya, secara keseluruhan majlis perkahwinan Iesya merangkumi majlis berinai, bersanding dan bertandang mendapat tajaan daripada 57 syarikat selain turut menerima insuran kesihatan dan simpanan bernilai RM1 juta sebagai hadiah perkahwinannya.

Dalam majlis pernikahan di Wisma Berita Angkasapuri, di sini, pagi tadi, Iesya menerima mas kahwin sebanyak RM1,001 dan wang hantaran berjumlah RM50,000 beserta tujuh dulang hantaran manakala pihak Iesya membalas dengan sembilan dulang.

“Saya tidak minta semua itu. Apa yang diberikan adalah atas perbincangan bersama. Suami saya orangnya mudah. Kalau dia okay, saya pun okay. Tidak ada langsung niat untuk menunjuk-nunjuk,” katanya.

Mereka dinikahkan Imam 1 Masjid An Nur Saujana Utama, Sungai Buloh, Ustaz Mohd Yusof Abdullah berwakil walikan bapa Iesya, Sanny Toh Abdullah dalam majlis yang diadakan di Wisma Berita Angkasapuri. Semntara itu, majlis persandingan akan diadakan di lokasi yang sama Ahad ini.

Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis akad nikah yang berlangsung pagi tadi bersama anda. Ringkas sahaja tetapi menarik. Enjoice! (rtky/s)

Gambar Ihsan: Harian Metro, Seventwelve, Ryuslee, Eddie PhotoVideo, Zaim Rosli Photography