fbpx

Gambar Di Sekitar Percutian Maya Karin Ke Greece

Cemburu betul kami melihat Maya Karin yang kini sedang melancong dan bercuti di Greece. Menurut Maya di akaun Instagramnya, dia bersama keluarga serta rakan terdekat daripada lima negara berbeza meluangkan masa dengan belayar selama seminggu di sana.

BACA: Maya Karin: Janganlah Asyik Tanya Soal Kahwin

Bukan saja kami, malah para peminat juga cemburu melihatkan selebriti kesayangan mereka ini melancong. Selain itu, Maya juga sempat membalas komen di Instagram. Harapnya ketika di sana, Maya tidak diajukan soalan bila mahu kahwin.

Sebelum ini, Maya pernah mendedahkan bahawa dia pernah disindir oleh sesetengah pihak dengan bertanyakan tidak mahukah dia mempunyai anak sama seperti wanita lain. Mengakui terasa hati dengan perkara tersebut, namun akhirnya perasaan itu berlalu pergi.

Apa pun, semoga perjalanan pelakon dan duta produk ini sentiasa selamat dan dipermudahkan. Kami kongsikan beberapa keping gambar Maya ketika berada di sana. Enjoice!