fbpx

Gambar Di Sekitar Majlis Baby Shower Lisa Surihani

Bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama tidak lama lagi, teman-teman rapat Lisa Surihani telah mengadakan sebuah majlis doa selamat dan menyambut bayi untuk pasangan ini. Malah Lisa juga dalam masa yang sama menyatakan rasa syukur dan terima kasih dalam setiap muatnaik gambarnya di Instagram.

BACA: Badan Yusry KRU Naik Kerana Lisa Surihani Hamil

Antara rakan selebriti yang turut hadir pada majlis yang diadakan juga sebagai kejutan kepada Lisa itu ialah Diana Danielle, Farid Kamil dan juga Liyana Jasmay. Malah melalui perkongsian gambar mereka di laman sosial, ternyata kini Lisa benar-benar sedang sarat mengandung.

Malah perasaan gembira dan tidak sabar untuk menantikan kelahiran anak sulung pasangan ini juga jelas terpancar melalui komen-komen yang ditinggalkan di akaun Instagram pasangan tersebut. Kami kongsikan beberapa gambar sepanjang majlis ini berlangsung. Enjoice!