fbpx

Gambar Sekitar Majlis Baby Shower Liyana Jasmay

Bakal melahirkan cahaya mata kedua tidak lama lagi, satu majlis sambutan baby shower telah diadakan bagi meraikan Liyana Jasmay dan juga bayi di dalam kandungannya itu. Majlis yang diadakan tersebut turut dihadiri oleh rakan rapat dan juga selebriti.

BACA: Hamil Anak Kedua, Liyana Jasmay Sudah Rancang Anak Ketiga

Liyana juga berkongsi kemeriahan majlis tersebut di laman Instagram malah pelbagai aktiviti juga dilakukan oleh mereka bersama. Kami kongsikan beberapa keping gambar majlis baby shower bersama anda.

Sementara itu, sebelum ini Liyana juga pernah menjelaskan bahawa dia dan juga suami sudah merancang untuk mendapatkan cahaya mata ketiga nanum mahu masa di antara mereka dijarakkan. Semoga apa yang dihajatkan oleh pasangan ini dipermudahkan. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Creative And bBright Moment