fbpx

Gambar Sekitar Majlis Akikah Anak Kedua Wawa Zainal, Aeril Zafril

Baru saja melangsungkan majlis akikah buat anak kedua mereka iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Aeril Zafril dan Wawa Zainal masing-masing berkongsika kegembiraan mereka di Instagram dan paling menyentuh perasaan adalah nukilan ikhlas dari Aeril sebagai seorang ayah kepada anaknya itu.

BACA: Aeril, Wawa Zainal Tak Menyesal Kahwin Muda

“Ya bunaya (duhai anak), barangkali masa dan kasih ayah ini sedikit buatmu berbanding ibu, tapi percayalah tiap detik nafasmu ada dalam nafasku, dan itu kau akan rindu suatu hari nanti,” tulis Aeril di Instagram.

Majlis tersebut diadakan sederhana namun cukup meriah dan rata-rata peminat turut berkongsikan rasa gembira dan mendoakan kebahagiaan buat pasangan ini. Kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung. Enjoice! (rtky/s)

Gambar Ihsan: Ungku Hazim