fbpx

Gambar: Sekitar Konsert Christina Perri Di Malaysia, Pukau Ribuan Peminat

Buat pertama kali, malam tadi penyanyi Jar of Hearts mengambil pentas di KL Live menghiburkan lebih 3,000 peminat beliau. Christina Perri sememang’nya menjadi satu figura yang di’nanti sejak tiga tahun kemunculan beliau di’dunia seni hiburan dunia.

Penantian peminat di Malaysia berbaloi dengan persembahan bertenaga Christina Perri yang di’iringi band beliau sendiri di pentas KL Live, Life Center. Beliau mendendangkan barisan lagu daripada album sulung beliau, Lovestrong dan juga beberapa buah lagu baru.

Kehadiran pasangan viral, Timothy Tiah & Audrey Ooi memeriahkan suasana konsert apabila Christina Perri mendendangkan lagu A Thousand Years yang menjadi lagu tema lamaran yang kini mencecah hampir 3 juta tontonan di Youtube. Tahap romantis: Malaysia.

Mengakhiri konsert sulung beliau dengan lagu berhantu, Arms, Christina Perri berjanji kepada peminat beliau yang hadir yang beliau akan kembali ke Malaysia satu hari nanti. Gambar sekitar konsert untuk tatapan & memori indah anda selepas ini. Enjoice!

BONUS: Bilik hotel Christina Perri di Kuala Lumpur. Kelakar.