(Gambar) Remy Ishak Libas Ummi Nazeera, Bukan Kali Pertama Pukul | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
19 December 2009, 10:12AM

UPDATE: Reaksi Remy Ishak melalui mStar Online hari ini.

Macam orang kampung kami kata, things are getting uglier.

Hari ini, pembantu rumah Ummi Nazeera muncul membuat pengakuan yang hampir 100% lain dari versi Remy Ishak.

Menurut pembantu rumah ini, apa yang di’lihat hanyalah adegan Remy Ishak melibas Ummi Nazeera dengan tangan kosong.

Tindakan Remy Ishak itu menyebabkan Ummi Nazeera jatuh ke’tanah & mengalami kecederaan di’muka.

“Dua kali Remy pesan supaya tidak melaporkan perkara itu kepada sesiapa sebelum menyuruh saya bantu mengangkat cik muda yang jatuh terlentang dan mengambil bedak asas di rumah untuk menutup luka”

Ibu Ummi Nazeera, Datuk Maziah Musa ada menghantar surat amaran kepada Remy Ishak dengan menyatakan mereka sekeluarga tidak menghalang persahabatan mereka.

Namun apa yang di’kesalkan adalah tindakan Remy Ishak memukul anak kesayangan mereka & mendakwa ini bukan kali pertama kejadian seumpama ini berlaku.

(Sumber Berita & Gambar: Harian Metro Online)


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...