fbpx

Gambar Percutian Jihan Muse & Ungku Hariz Di Korea

Pasangan secocok, Jihan Muse dan suami, Ungku Hariz yang baru sahaja melangsungkan resepsi kedua pada hujung bulan lalu nampaknya kini sedang bahagia bercuti di Korea. Baguslah tu, sekurang kurangnya dapatlah lari sekejap dari kesibukan kerja.

BACA: Jihan Muse Akui Tertekan Selepas Instagram Digodam

Menerusi akaun Instagram, Jihan mula berkongsi beberapa gambar mereka disana melawati tempat-tempat menarik di Korea. Memang terserlah kegembiraan dan kebahagian diwajah pasangan ini yang akhirnya dapat menumpukan perhatian pada diri masing-masing.

Sebelum ini semua maklum, akaun Instagram Jihan digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, malah Jihan juga dikatakan tertekan dengan kejadian itu. Jadi mungkin inilah masanya untuk Jihan melepaskan tekanan itu dan memulakan lembaran baru.

Semoga Jihan dan suami bergembira disana. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar percutian bulan madu mereka di Korea. Enjoice! (rkty/w)