Gambar: Nur Fazura Sebagai Penghias Muka Hadapan EH! Disember 2011 | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
29 November 2011, 12:11PM

Seperti biasa jika sudah tiada kisah berat untuk di’angkat sebagai entri, ini kerja kami — usya majalah.

Dan EH! edisi Disember 2011 kali ini menampilkan figura yang kembali menjadi bualan peminat hiburan Malaysia sejak akhir akhir ini, Nur Fazura.

Menampilkan konsep Pesta & Kembara, Nur Fazura tampil dalam edisi kali ini bercerita tentang percutian peribadi beliau dan kekasih Yuna, Qi turut berkongsi cerita sama.

Untung Nur Fazura kembali menjadi bualan hangat tetapi kami sebenarnya rindukan buah tangan atau hasil lakonan Nur Fazura — dan masih ternanti nanti filem terbaru Bujang Terlajak, atau sekurang kurangnya telemovie.

Tidaklah nanti orang kata kembali popular hanya kerana kontroversi. Apa pun, dapatkan naskah majalah EH! edisi Disember 2011 anda di’kedai mamak berhampiran. Hanya RM7.00. Ini bukan iklan berbayar.


Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>