fbpx

Gambar: Norman Hakim Kini Sah Suami Memey Suhaiza, Resepsi Esok

Alhamdulillah. Kontroversi yang melanda mereka selama ini berakhir dengan sesuatu yang baik.

Norman Hakim sah bergelar suami kepada teman kontroversi selama ini, Memey Suhaiza dengan sekali lafaz sekitar jam 5 petang hari ini.

Majlis pernikahan serba indah Norman Hakim & Memey Suhaiza di’adakan di’rumah keluarga Memey Suhaiza di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Norman Hakim & Memey Suhaiza di’nikahkan dengan mas kahwin RM22.50 dan hantaran berjumlah RM24,000. Resepsi gilang gemilang sebelah perempuan akan berlangsung esok di’lokasi yang sama.

Gambar gambar sekitar majlis pernikahan & perkahwinan mereka di Kota Tinggi, Johor selepas ini. Enjoice!

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey Suhaiza manakala yang kedua bagi Norman Hakim.

Norman Hakim pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abadi pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak termasuk Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.

Sebarang perkembangan akan kami bawakan secepat mungkin kepada anda semua. Stay tuned! Foto & maklumat terim kasih kepada Izza Melodi & rakan media kami, OHBULAN! & mStar Online