fbpx

Gambar: Nelydia Senrose & Qi Razali Bukan Pergi Kursus Kahwin Bersama

Cepat sahaja peminat hiburan Malaysia ini kalau nampak gambar sebegini di’muatnaik ke internet dan timbulkan andaian sendiri. Terbaru, Nelydia Senrose & Qi Razali khabarnya sudah ingin berkahwin.

Gara gara sekeping gambar yang di’muatnaik di laman sosial menunjukkan Qi Razali yang bersongkok & Nelydia Senrose bertudung manis — lantas peminat mengatakan yang mereka sedang menghadiri kursus kahwin.

Bercakap kepada Berita Harian, Nelydia Senrose berkata beliau tidak menyangka ada peminat yang akan salah faham selepas gambar tersebut di’muatnaik di Instagram Qi Razali baru baru ini.

“Tak sangka pula ada yang tersalah anggap sebaik saja Qi memuat naik gambar itu di laman Instagramnya. Terima kasih kepada yang mendoakan, tetapi gambar itu tiada kena mengena dengan kursus kahwin”

“Sebenarnya kami sama-sama diundang untuk program Akustika Ramadan Raya TV3. Demi menghormati bulan mulia itu, kami diminta tampil sopan,” jelas Nelydia Senrose lagi.