fbpx

Ashraf Muslim Abadikan Detik Bahagia Bersama Keluarga

Bermula dengan kontroversi mengenai pernikahan bersama isteri kedua kemudian ditambah pula dengan pelbagai lagi rentetan cerita mengenai pasangan ini, kini apa yang terzahir melalui gambar oleh Photolicius ini bagaikan bukti bahawa keluarga Ashraf Muslim kini semakin utuh.

BACA: Ashraf Muslim Sahkan Isteri Pertama Hamil Empat Bulan

Malah apa yang lebih menggembirakan, Ashraf bakal dikurniakan dua cahaya mata, seorang bersama isteri pertamanya, Noor Dayana dan juga isteri keduanya, Wan Sakinah. Malah, melalui komen daripada peminat juga ternyata mereka berkongsi kegembiraan atas berita tersebut.

“Bagi saya biarlah mereka nak bercakap, ini hal keluarga saya dan ia tidak boleh dikongsikan dengan orang lain tapi kalau mereka masih mahu bercakap saya tidak boleh berbuat apa-apa tapi yang berdosanya mereka”

“Kalau saya jelaskan perkara sebenar pun tidak ada guna kerana mereka masih akan bercakap perkara yang buruk. Yang penting saya perlu didik keluarga saya supaya lebih bersabar dan perlu faham kerana mereka bersama selebriti yang sering ditembak sana-sini,” kata Ashraf sebelum ini. (rtky/s)