fbpx

(Gambar) Lisa Surihani & Mia Sara Di Lokasi Adamaya, Cute!

Ingat kami mahu ketinggalan demam Adamaya? Hell no. Walaupun drama ini tidak’lah sehebat mana, tapi ada faktor lain yang buat penonton melekat.

Kami berjaya bertahan untuk menonton satu episod Adamaya baru-baru ini & lakonan Lisa Surihani nampak bertambah baik walaupun masih tidak sebaik mana.

Rata-rata pelakon mampu membawakan watak mereka dengan baik tetapi sayang, kami nampak kelemahan dari segi pengarahan & adegan yang di’buat ala kadar.

Tapi, gandingan Lisa Surihani (Maya) & Mia Sara (Amani) memang satu lagi faktor yang kuat untuk ribuan rakyat Malaysia melekat di’depan TV setiap petang.

Lagi gambar Lisa Surihani & Mia Sara ketika berada di lokasi pengambaran Adamaya selepas ini. Enjoice!