Oleh RotiKaya Staff pada
21 September 2011, 1:09PM

Nama baru di pasaran hiburan Malaysia, anda mungkin pernah dengar atau ini pertama kali anda dengar nama Izara Aishah.

Bukan salah anda, bintang yang lahir dari pencarian Dewi Remaja ini sedang membina nama dalam dunia hiburan tanah air.

Masih bersih dari gossip liar atau gambar bersosial bocor ke internet, Izara Aishah secara peribadi pandai membawa diri di’kalangan media — lebih lebih lagi media baru seperti kami.

Terkini, Izara Aishah akan bergandingan dengan bintang besar lain seperti Azhar Sulaiman, Tiz Zaqyah & Fizo Omar dalam drama bersiri Sofiyya yang akan mula bersiaran di TV3 jam 7 malam hari ini.

Lagi gambar Izara Aishah yang berjaya jurugambar berdedikasi kami, Adie Zhafran rakamkan ketika sidang media Soffiya lewat petang semalam. Dan juga video untuk tatapan malam anda. Enjoice!


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...