Gambar: Gitaris Incubus Buat Penampilan Istimewa Di Konsert Yuna | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
06 September 2013, 9:09AM

Buat mereka yang sudah membeli tiket untuk melihat persembahan khas Yuna di Istana Budaya untuk tiga hari akan datang ini anda bakal di’kejutkan dengan kehadiran pemain gitar kumpulan Incubus, Mike Einziger yang di’terbangkan khas.

Yuna sendiri berkata yang penglibatan Mike Einziger dalam Konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) ini adalah di saat saat akhir apabila gitaris itu sendiri menawarkan diri untuk hadir menjayakan konsert pertama Yuna di Istana Budaya.

“Kehadiran Mike juga sebagai kejutan kepada peminat-peminat saya. Saya memang sedaya upaya merahsiakan perkara ni dari pengetahuan sesiapa. Saya gembira bila lihat ramai peminat bersorak sebaik saja Mike muncul di pentas tadi dan kejutan saya menjadi”

Yuna juga berkata Mike Einziger terlibat dengan semua sesi persembahan sehingga Ahad tanpa mengenakan sebarang bayaran. How nice.

Mengulas tentang konsert pertama beliau di Istana Budaya, Yuna berkata ianya memang satu keinginan untuk beraksi di pentas berprestij itu dan ini merupakan juga hadiah buat para peminat tempatan yang sentiasa menyokong kerjayanya selama ini.

“Peluang ini juga membolehkan saya mengeratkan lagi hubungan saya dengan peminat-pemiant saya di sini. Saya tahu saya jarang ada di sini, justeru ini tanda perhargaan saya kepada para peminat yang sentiasa menyokong saya,” kata Yuna lagi.


Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>