Gambar: Gelagat Zizan Razak & Siti Saleha Di Set Penggambaran KL Zombie
Oleh RotiKaya Staff pada
23 April 2012, 3:04AM

Sebentar lagi, pasti eksekutif PR Grand Brilliance akan e-mail bertanyakan kenapa hanya dua orang pelakon yang muncul di entri ini & bagaimana yang lain? Jawapan’nya, kami memang begitu sejak azali — bias. #LOL

Sebenarnya, ketika lawatan kami ke lokasi penggambaran KL Zombie baru baru ini, Siti Saleha & Zizan Raja Lawak adalah dua orang pelakon yang banyak timbulkan suasana kelakar di’sana — termasuklah ketika sessi fotografi.

KL Zombie sudah pun tamat penggambaran beberapa minggu yang lalu & peminat kini sedang menantikan trailer pertama untuk filem ini yang di’adaptasi dari novel fixi, Zombijaya karya Adib Zaini — yang juga penulis skrip untuk filem ini.



Tiada tarikh sebenar di’berikan sehingga ke hari ini namun pengarah MJ Woo dan juga seluruh warga produksi KL Zombie berharap yang filem ini bakal di’tayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada tahun 2013. 




Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *