fbpx

Gambar: Gaya Tasha Shila Dengan Koleksi Raya ‘La Dolce Von Teese’

Gambar: Gaya Tasha Shila Dengan Koleksi Raya La Dolce Von TeeseKalau mengikut kalendar wanita seluruh Malaysia, jika minggu ini mereka masih belum mempunyai persalinan baru untuk pagi Aidilfitri nanti, mereka wajib untuk panik.

Jangan risau kerana jika anda masih mencari cari persalinan sempurna untuk meraikan raya anda, koleksi raya La Dolce Von Teese rekaan Hatta Dolmat mungkin untuk anda.

Mengambil figura berpengaruh dunia fesyen Dita Von Teese sebagai inspirasi, pereka terkenal negara ini tampil dengan koleksi baju kurung elegan yang sedia untuk di’pakai.

Hatta Dolmat memilih Tasha Shila untuk menjadi model & wajah koleksi raya La Dolce Von Teese dan saksikan gaya menarik beliau dengan persalinan rekaan Hatta Dolmat.

Berminat dengan koleksi raya ini ? Anda boleh hubungi terus Hatta Dolmat melalui maklumat yang terkandung dalam blog rasmi beliau. Serang HATTA by Hatta Dolmat.