fbpx

Gambar: Fizo Omar Dan Mawar Berbulan Madu Ke Dubai

Selepas selamat bergelar suami isteri pada 10 November yang lalu, pasangan Fizo Omar dan Mawar ada memaklumkan kepada media yang mereka akan terbang ke Eropah untuk percutian bulan madu mereka dan nampaknya ketika ini mereka sedang berada di sana.

BACA: Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Fizo Omar melalui akaun Instagram beliau ada berkongsikan beberapa keping gambar sekitar destinasi pertama mereka di Dubai, UAE untuk tatapan para peminat sebelum pasangan ini terbang ke kota London untuk percutian Eropah mereka.

Bercakap tentang gambar di Instagram, Fizo Omar baru baru ini menegur sebilangan individu yang datang dan menulis komen negatif terhadap gambar yang dikirimkan melalui laman sosial itu — walaupun ianya hanya gambar dikalangan keluarga.

“Saya sebenarnya boleh terima teguran dari anda semua sebab saya pun manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan tapi, kalau nak menegur bukan memalukan sesiapa di laman sosial yang boleh dilihat berjuta orang,” luah Fizo Omar.

Pedulikan sahaja mereka, lebih ramai lagi yang gembira melihat kehidupan Fizo Omar lebih lebih apabila sudah bahagia berumahtangga ketika ini. (rtky/eka)