fbpx

Gambar Erin Malek Bersama Anak Sulungnya

Selamat melahirkan bayi anak sulungnya pada 1 Oktober lalu, baru-baru ini rakan-rakan Erin Malek telah melawatnya dan pelakon ini juga turut berkongsikan gambar terbaru anak sulungnya itu yang diberi nama Mohamed Faliq Bin Mohamed Farriz.

BACA: Erin Malek Selamat Lahirkan Anak Sulung

Sebelum ini, Erin Malek turut menceritakan bagaimana beliau yang sebelum ini mengandung anak kembar terpaksa berhadapan situasi melahirkan seorang anak sahaja apabila kembar kepada Faliq meninggal dunia ketika kandungannya mencecah usia 16 minggu.

Bagaimanapun, ibu ini kuat untuk menghadapi perkara berkenaan dan berkongsi kegembiraan bersama peminat melalui gambar yang dimuatnaikkan di akaun Instagram miliknya.

Semoga keluarga kecil ini akan bertambah besar dan pastinya kehadiran Faliq akan menambah seribu kegembiraan bukan sahaja buat Erin malah peminat setianya. Kami kongsikan kepada anda beberapa keping gambar Faliq bersama Erin dan juga rakan-rakannya. Enjoice! (rtky/s)