fbpx

Gambar: Di Sekitar Majlis Pra Tonton Filem SAM Arahan Syafiq Yusof

Sekitar Majlis Pra Tonton Filem SAM Arahan Syafiq YusofSiapa jejaka dalam gambar di’sebelah ini anda tanya? Beliau merupakan pemegang rekod Malaysia untuk pengarah filem termuda dengan lahirnya filem SAM, Syafiq Yusof.

S.A.M jika mengikut deskripsi Syafiq Yusof sendiri adalah akronim untuk Saya Amat Menyintaimu. Sesuai untuk jadi tema filem ini, tetapi bukan tajuk penuh. Tidak adil kami rasa.

Malam tadi berlangsungnya satu majlis pra-tonton filem SAM bersama pengarah, barisan pelakon, rakan artis & pihak media yang mengambil tempat di GSC Midvalley, Bangsar.

Ayah Syafiq Yusof, Datuk Yusof Haslam lahirkan rasa bangga dengan hasil kerja sulung anak lelaki beliau ini walaupun di’cabar untuk menerbitkan filem di’usia semuda 18 tahun.

Ini bukan review daripada pihak kami untuk filem SAM, tetapi selepas selesai menonton kami dapat rasakan yang pertaruhan RM1.9 juta oleh pihak produksi sangat berbaloi.

Untuk hasil kerja tangan seorang pengarah berusia 18 tahun, filem SAM sebenarnya berada di’tahap yang luar biasa untuk di’tonton. Masih ada kekurangan, tetapi minima.

SAM arahan Syafiq Yusof akan menerjah pawagam seluruh negara pada 19 Ogos 2012 & kemungkinan bersamaan dengan hari pertama Aidilfitri untuk tahun 2012. Anda harus ke panggung untuk menonton.